Lelaki dicekup tunggang motosikal curi

SERIAN: Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal curi membawa padah selepas terserempak dengan polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Kampung Bunan Gega, pada Khamis.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan dalam satu sekatan oleh tim rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sektor B Batalion 12 sekitar jam 11 pagi.

Komander Briged PGA Sarawak, SAC Mancha Ata berkata, motosikal terbabit disahkan motosikal curi seperti yang perakui oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Serian.

“Hasil semakan nombor pendaftaran oleh bilik Gerakan IPD Serian mengesahkan motosikal tersebut telah dilaporkan hilang bersangkut laporan polis Kota Samarahan bernombor 006225/20,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

CURI… Motosikal yang dilaporkan hilang telah dibawa ke Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut

Suara Sarawak