ARTIKEL

Lelaki didakwa cabul adik perempuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul adik perempuannya dengan mencium bibir mangsa yang sedang tidur.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berusia 33 tahun selepas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Zubaidah Sharkawi.

Zubaidah kemudian memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Kota Sentosa selepas Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin memohon kebenaran untuk pemeriksaan kesihatan mental.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah seksual terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 18 tahun.

Dia melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menyentuh muka dan mencium bibir mangsa yang sedang tidur dalam bilik di rumah mereka di sebuah kampung, Jalan Sultan Tengah, kira-kira jam 8 malam, 15 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, semasa kejadian, mangsa sedang tidur di dalam biliknya yang tidak berkunci telah didatangi tertuduh, yang merupakan abangnya lalu bertindak menyentuh pipi dan mencium bibir mangsa.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam pada hari yang sama selepas kejadian.

Tertuduh seterusnya ditangkap oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 20 Mei lalu.

Difahamkan juga, tertuduh mempunyai beberapa rekod jenayah jenayah lampau yang melibatkan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mahkamah menetapkan tarikh baru bagi sebutan semula bagi pengurusan kes pada 27 Jun depan.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU