ARTIKEL

Lelaki didenda curi basikal warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri sebuah basikal bukit milik seorang warga emas berusia 62 tahun, awal Ogos lalu.

Mohd Zikri Jerry, 31, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Alwi, kira-kira jam 1 pagi, 4 Ogos lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pengadu merupakan cucu lelaki mangsa sedang melalui Jalan Bukit Bayor ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan menunggang basikal milik datuknya.

Pengadu bertanya kepada tertuduh mengenai basikal tersebut tetapi tertuduh bertindak melarikan diri kemudian berjaya ditangkap oleh pengadu.

Selepas itu, pengadu menyerahkan tertuduh kepada pihak polis untuk tangkapan semula bagi tindakan dan siasatan lanjut.

Anggaran kerugian yang dialami mangsa sekitar RM500.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memiliki basikal bukit milik mangsa dan dia ditahan bersama barang kes.

Kehilangan basikal terbabit hanya beberapa jam sebelum tertuduh ditangkap.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU