Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Lelaki didenda miliki wang secara tidak sah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Padah memiliki sejumlah wang RM15,060 secara tidak sah di dalam akaunnya, seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM1,500 atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Muhamad Amirul Mawardi, 26, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa memiliki wang dengan jumlah keseluruhan RM15,060 secara tidak sah di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jalan Upland, di sini.

Tertuduh didakwa menerima wang tersebut secara beperingkat iaitu RM3,840 pada 13 April 2021, RM3,840 (14 April 2021) dan RM 7,380 pada 17 April 2021. Tertuduh menerima wang tersebut sekitar jam 6.33 petang dan 7.46 malam.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang membawa hukuman penalti, penjara selama tiga bulan dan denda RM500.

Menurut fakta kes, pengadu tertarik dengan satu iklan jual beli sebuah kereta jenama Mini Cooper di laman sosial Facebook atas nama Mong JW.

Baca lain  SAR warga emas hilang di Limbang, dihentikan.

Pengadu kemudian berurusan dengan pemilik akaun Facebook Mong Jing Wee lalu membuat pembayaran sebanyak RM48,500 ke tiga jenis akaun bank secara beperingkat kepada pemilik akaun yang berlainan.

Selepas membuat pembayaran, pengadu kemudian menghubungi Mong Jing untuk bertanyakan status kereta yang dijanjikan sampai setelah bayaran dibuat namun tidak mendapat maklum balas.

Mangsa yang merasa dirinya ditipu lalu membuat laporan polis untuk tindakan serta siasatan lanjut.

Hasil siasatan membawa kepada tertuduh ke dalam kes terbabit.

Difahamkan, nombor akaun bank tertuduh digunakan oleh peminjam wang tanpa lesen untuk transaksi duit berkenaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru