Trending

Lelaki didenda pukul warga asing

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memukul warga asing yang enggan membeli mesin penggiling yang dijualnya.

Tertuduh Arif Fadillah Meral, 26, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Syarifah Fatimah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki warga asing bernama Vijay di sebuah syarikat kitar semula di Jalan Stephen Yong, kira-kira jam 11.30 pagi, 4 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, tiga orang lelaki telah datang hendak menjual mesin penggiling kepada mangsa namun enggan membeli mesin tersebut kerana masih baru.

Ketiga-tiga lelaki terbabit yang telah keluar dari kawasan berkenaan datang semula sambil berkata ‘apa pandang-pandang’ dan salah seorang daripada mereka lalu memukul belakang kanan kepala mangsa sehingga bengkak.

Selepas itu, salah seorang lagi suspek lalu memukul mangsa menggunakan besi hingga menyebabkan paha sebelah kiri mengalami bengkak.

Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut seterusnya membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru