ARTIKEL

Lelaki didenda RM2,500 curi alatan pembinaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan penjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri alat-alat pembinaan.

Mohd Hazman Sabu, 35, membuat pengakuan itu sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri sembilan keping tembaga penghawa dingin, lapan keping dawai penghawa dingin dan segulung pita pelekat dalam sebuah stor tapak pembinaan di Taman Supreme, sekitar jam 3 pagi, 2 April lepas.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Syarifah Fatimah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, pengadu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama rakan setugasnya melihat kelibat seorang lelaki yang tidak dikenali membuka stor penyimpanan alat-alat pembinaan.

Pengadu dan rakan setugasnya terus menangkap tertuduh bersama barangan curi dan memaklumkan kejadian kepada pihak pengurusan.

Semasa ditangkap oleh pengadu berlaku pergelutan antara mereka kerana tertuduh cuba melarikan diri.

Anggaran kerugian yang dialami syarikat sekitar RM700.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan