Trending

Lelaki didenda RM3,000 miliki wang secara tidak sah 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang lelaki dari Kuala Lumpur dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah memiliki wang secara tidak sah dalam akaun peribadinya berjumlah RM9,500 yang digunakan untuk aktiviti penipuan jualan dalam talian.

Tertuduh Chan Kok Wai, 37, membuat pengakuan itu selepas satu pertuduhan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang dibacakan dihadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima transaksi masuk wang tanpa sah ke dalam akaunnya berjumlah RM9,500 dari sebuah bank di Stampin pada 10 Oktober 2022.

Menurut fakta kes, mangsa tertarik dengan satu iklan tawaran kerja Shopee daripada aplikasi Instagram atas nama RJ Hiring lalu berurusan dengan pemilik nombor telefon 017-2434815 dan 014-2432819.

Mangsa kemudian diarahkan menjadi agen dengan melakukan tugasan mempromosikan barang jualan dan dikehendaki membeli serta menjual barang berpandukan harga barang dalam Shopee.

Selain itu, mangsa juga diminta memindahkan wang miliknya sendiri ke akaun yang diberikan dan dijanjikan akan mendapat komisyen dan keuntungan.

Tanpa berfikir panjang, mangsa terus memindahkan wang sebanyak RM9,500 ke akaun bernama Chan Kok Wai.

Menyedari diri ditipu, mangsa terus membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan  lanjut.

Hasil siasatan melalui penyata akaun yang diperolehi mendapati kemasukan wang ke dalam akaun tertuduh.

Oleh sebab itu, tertuduh telah melakukan kesalahan memiliki harta secara tidak sah sebagai pemilik akaun tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru