ARTIKEL

Anggota polis mengiringi Usdin di Mahkamah Seksyen Bintulu.

Lelaki didenda RM50,000, penjara 10 tahun sebabkan kematian penunggang motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki warganegara asing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta denda RM50,000, dan sekiranya gagal membayar denda akan ditambah hukuman penjara 24 bulan kerana menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di sini, pada Julai lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Leo Saga menjatuhkan hukuman itu terhadap Usdin Tjung dan turut membebaskannya daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama 10 tahun dari tarikh sabitan.

Ketua Polis Bintulu Supt Batholomew Umpit berkata, Usdin juga telah diarahkan untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut sebaik selesai menjalani hukuman penjara,

“Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya, dengan melanggar aliran trafik ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

“Kemalangan berlaku pada 2 Julai lalu kira-kira jam 12.56 pagi di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang menunggang motosikal.

“Tertuduh ketika itu memandu sebuah Toyota Unser dan telah memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa,” katanya.

Sehubungan itu, Batholomew memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengendalikan kenderaan jika berada di bawah pengaruh alkohol.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

BERITA TERBARU