Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Lelaki didenda sebabkan kerugian lebih RM8,000

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

KUCHING: Padah merosakkan tiga unit telefon pintar yang dipamerkan di sebuah pusat servis telefon hingga menyebabkan kerugian RM8,897, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Lu Jin Peng, 29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat merosakkan tiga unit telefon jenama Samsung di sebuah pusat servis telefon di Jalan Song, sekitar jam 12 tengah hari, 23 Mei lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu merupakan pengurus pusat servis tersebut, tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang membawa sebatang kayu lalu mengamuk dengan memukul meja pameran telefon bimbit selain berbuat bising dalam premis terbabit.

Bimbang akan keselamatan diri dan pekerja yang lain, pengadu tampil membuat laporan polis seterusnya membawa penangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah merosakkan tiga unit telefon pintar menggunakan sebatang kayu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru