Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana mencuri telefon

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan diperintahkan ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki dan melupuskan harta curi sebuah telefon pintar.

Tertuduh yang berusia 20 tahun mengaku bersalahan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit bersalah dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mahkamah memutuskan tertuduh yang berasal dari Sibu menjalani hukuman sehingga berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja melupuskan harta curi sebuah telefon pintar jenama Redmi milik seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di sebuah pusat spa di Metrocity, Matang, kira-kira jam 12.15 tengah hari, 8 November lalu.

Menurut fakta kes, pengadu yang sedang tidur di bilik sewa, mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam biliknya di atas sebuah restoran di Kampung Kenyalang Park, 20 September lalu.

Lelaki berkenaan (tertuduh) mengaku diri sebagai polis lalu meminta kad pengenalan pengadu dan sejumlah wang.

Pada 8 November lepas, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes kecurian dalam bangunan di sebuah pusat spa di Metrocity, Matang.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News