ARTIKEL

Lelaki dijatuhi hukuman, mengaku lupus harta curi bernilai RM3,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara empat bulan terhadap seorang lelaki kerana melupuskan harta curi tiga pohon pokok bonsai dengan menjual kepada orang lain.

Michael Then Bui Kiong, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja melupus harta curi tiga pohon pokok bonsai milik seorang wanita berusia 35 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis di sebuah rumah di Jalan Landeh, sekitar jam 8 pagi, 25 Februari lepas.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, ibu pengadu wanita memaklumkan kepada pengadu bahawa tiga pasu bunga pokok bonsai telah hilang dicuri orang.

Kemudian, pengadu membuat semakan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencuri kesemua pasu bunga terbabit.

Laporan polis dilakukan oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Datuk Stephen Yong sekitar jam 4 petang pada hari yang sama.

Baca lain  RM46 juta untuk bina pencawang utama baharu

Anggaran kerugian yang dialami pengadu sekitar RM3,000.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan perbuatan melupus harta curi iaitu pokok bonsai milik pengadu dengan cara menjual kepada orang lain dengan harga RM250.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,