ARTIKEL

Lelaki dipatuk ular ketika berehat di Taman Rajang Esplanade

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Seorang lelaki yang sedang bersantai di Taman Rajang Esplanade, Jalan Maju telah dipatuk ular pada petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu Mejar Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, mangsa didapati dalam keadaan lemah oleh orang awam di Pintu Gerbang Sibu.

MANGSA (dua kiri) dipapah oleh anggota APM Daerah Sibu untuk dikejarkan ke hospital Sibu.

Selepas dipatuk ular mangsa beredar dari Taman Rajang Esplanade sehingga ditemui terduduk sambil menyandar di kawasan Pintu Gerbang Sibu yang jaraknya kira-kira 200 meter.

Orang awam yang menyedari keadaan mangsa yang dianggarkan berumur 40-an itu kemudian menghubungi APM Sibu pada jam 5.21 petang.

“Mangsa dilaporkan dipatuk ular semasa berada di Taman Rajang Esplanade.

Hasil penilaian awal, mangsa lemah seluruh anggota badan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Anggota APM, katanya telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dikejarkan ke hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan mangsa telah dipatuk ular di bahagian tangan kanannya. 

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar