Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Lelaki dipenjara 18 tahun dengan 10 sebatan rogol anak saudara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Rogol: Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan merogol anak saudaranya berusia 12 tahun, pada Julai lalu.

Tertuduh berusia 44 tahun dan belum berkahwin mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak, bermula dari tarikh tangkapan pada 17 Ogos lalu.

Menurut kertas pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun enam bulan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa dibawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan kerana melakukan amang seksual dengan mencium pipi kepada mangsa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dilakukan di dalam sebuah kereta di Daerah Bau, sekitar jam 6.15 petang pada 19 Julai lepas.

Menurut fakta kes, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada 19 Julai lalu selepas anaknya mengadu telah dirogol oleh bapa saudaranya.

Semasa kejadian, mangsa bersetuju diajak oleh tertuduh yang juga merupakan abang ketiga kepada ibu kandungnya menggunakan sebuah kereta untuk membeli air minuman sekitar jam 6.15 petang.

Suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan hutan dan mengajak melakukan hubungan seks tetapi mangsa menolak.

Kemudian, tertuduh telah mengeluarkan sebilah pisau lipat dan meletakkan dileher mangsa dengan tujuan mengugut kerana enggan melakukan hubungan seks.

Mangsa yang ketakutan, terpaksa merelakan tertuduh meraba dan mencium pipi sebelum dirogol.

Selepas kejadian dan laporan polis dibuat, tertuduh berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen setelah hampir sebulan melarikan diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadratun Naim Mohd Saidi dan memohon agar tertuduh dijatuhkan hukuman berat oleh mahkamah sebagai pengajaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk