ARTIKEL

Tertuduh pertama(Mohd Khaizorie, baju hitam) dan Mohammad Aiman (baju biru) dibawa keluar oleh anggota dan pegawai polis dari Mahkamah Sesyen 3.

Lelaki dipenjara 7 tahun cuba bunuh lelaki di kedai makan Matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian gaduh di Matang, Ogos lalu.

Mohammad Aiman Yusri, 20, membuat pengakuan itu sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang rakannya didakwa telah melakukan percubaan bunuh menggunakan senjata tajam terhadap mangsa berusia 36 tahun.

Mereka didakwa melakukan itu di hadapan sebuah cafe di Jalan Matang, kira-kira jam 2.19 pagi, 21 Ogos lalu.

Oleh itu, kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Menurut fakta kes, sekitar jam 2.19 pagi, 21  Ogos lalu, pihak polis menerima satu panggilan daripada lelaki yang bernama anwar menyatakan seorang lelaki dalam keadaan cedera parah telah datang ke rumahnya memohon bantuan.

Pengadu kemudian membawa mangsa yang dipercayai dipukul, ditikam dan dicederakan menggunakan objek tajam ke hospital untuk rawatan lanjut untuk menyelamatkan mangsa sebelum meneruskan laporan polis.

Semasa di hospital, mangsa didapati mengalami kecederaan di bahagian pinggang kiri, betis depan kanan, tulang retak, luka belakang bahu kiri, luka bawah bahu kiri dan kanan serta luka bahagian pinggang.

Tertuduh dan rakannya berjaya diberkas polis semasa Ops Cantas pada hari berlainan iaitu 23 Ogos dan 29 Ogos lalu.

Difahamkan, tertuduh mempunyai tiga rekod lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, rakan tertuduh bernama Mohd Khaizorie Wasli, 30, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan terhadapnya.

Musli kemudian membenarkan Mohd Khaizorie dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 beserta dua penjamin tempatan.

Selain itu, mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 9 Oktober depan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pada 21 Ogos lalu,tular satu video di media sosial mengenai pergaduhan di sebuah cafe di Matang apabila mangsa diserang lima orang lelaki bersenjatakan parang dan kayu hoki.

Punca kejadian, kerana salah seorang suspek bertanyakan tentang hutang kepada mangsa tetapi mangsa menafikan.

Tidak berpuas hati dengan penafian tersebut, mangsa telah dibawa keluar daripada premis oleh suspek dan kemudian dipukul menggunakan objek berupa kayu hoki sebelum dilibas dengan parang.

BERITA LAIN

Polis buru lelaki curi wang OKU

PADAWAN: Polis sedang memburu lelaki yang disyaki mengeluarkan sejumlah wang milik seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dari bank tanpa pengetahuan mangsa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Manchester City juara lagi

PENYANDANG juara Manchester City mencipta sejarah kejohanan teratas bola sepak England apabila mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut. Kejayaan diraih anak

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri