Trending

Lelaki dipenjara cederakan anak saudara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang lelaki berusia 38 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap anak saudaranya dengan menumbuknya, Julai lalu.

Tertuduh Hadi Maulana, 38, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh 18 November lepas.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mencederakan mangsa Muhammad Nazerin Sulaiman, 20, dengan menumbuk di bahagian hidung mangsa di sebuah rumah di Kampung Semerah Padi di sini, sekitar jam 8.50 malam, 13 Julai lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang berbual dengan sepupunya di depan rumah nenek mereka tiba-tiba terasa telah dipukul dengan sesuatu benda di bahagian belakangnya.

Dalam keadaan kesakitan, mangsa mendapati bapa saudaranya (tertuduh) telah mendatanginya lalu menumbuk hidung dan kemudian menghentak belakang kepala mangsa menggunakan siku hingga menyebabkan kecederaan parah.

Punca kejadian, kerana tertuduh tidak berpuas hati terhadap mangsa yang telah dijaga dari kecil tetapi tidak memperdulikan dia dengan melawat ke rumahnya.

Tertuduh juga meminta duit mangsa untuk membayar bil-bil rumah neneknya walaupun mangsa tidak lagi tinggal bersama dan menyewa di kawasan lain.

Selepas kejadian terbabit, mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, yang seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 15 November lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya ASP Hisyam Junaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru