ARTIKEL

Gambar Hiasan

Lelaki dipenjara dua tahun, langgar anggota polis guna motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang lelaki kerana menghalang tugas penjawat awam dengan sengaja melanggar seorang anggota polis menggunakan sebuah motosikal, dua tahun lalu.

Iqmal Zachary Kamal, 31, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Sekyen 353 Kanun Keseksaan, kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam iaitu anggota polis berpangkat konstabel semasa menjalankan tugas.

Manakala, pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas iaitu kepada mangsa yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Bintawa, sekitar jam 2.45 petang, 29 Januari 2022.

Majistret Zubaidah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap kedua-dua pertuduhan selain memerintahkan hukuman terbabit berjalan secara serentak.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU