CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Lelaki dipenjara jual periuk pengukus, tong gas ibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana melupuskan harta curi sebuah periuk pengukus dan sebuah tong gas milik ibunya, Ogos lalu.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Phoo Ah Then, 31, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan dihadapannya.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa menjual barang-barang tersebut milik ibunya berusia 57 tahun kepada orang lain di Kampung Sungai Agas Lama, Jalan Matang, sekitar jam 3 petang, 25 Ogos lalu.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, dia dijatuhi hukuman penjara dua bulan. Manakala, pertuduhan kedua dijatuhi hukuman penjara lima bulan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 26 Ogos lepas.

Gambar hiasan

Menurut fakta kes, pada 24 Ogos lalu, pengadu(ibu) menyedari sebuah periuk pengukusnya yang dipercayai dicuri oleh anak lelakinya(tertuduh).

Baca lain  Lima individu dicekup ketika leka main judi

Semasa ditanya tentang keberadaan periuk tersebut, anak pengadu terus memarahinya.

Sehari selepas kejadian, anak pengadu sekali lagi mencuri barang dalam rumah iaitu sebuah tong gas semasa pengadu tiada di rumah keluar bekerja.

Anggaran kerugian yang dialami pengadu sekitar RM270.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 26 Ogos lepas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menjual barang-barang tersebut kepada dua lelaki berbeza.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru