ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Lelaki dipenjara lapan bulan miliki syabu 0.05 gram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Padah memiliki syabu seberat 0.05 gram, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Tan Hai Fatt, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Barayan Lenya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu di tepi tangga sebuah bangunan flat di Batu Kawa, kira-kira jam 1.45 pagi, 6 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki mencurigakan di tepi tangga sebuah flat di Batu Kawa.

Hasil pemeriksaan fizikal menemui satu keratan straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar kira-kira 0.10 gram yang disembunyikan di bawah punggung tertuduh.

Barang kes kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan barang kes merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.05gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU