ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki dipenjara lapan tahun, tiga sebatan, ajak adik tonton pornografi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Padah ajak adik perempuan berusia 13 tahun menonton pornografi dalam telefon pintar, seorang abang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 33 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) SOACA 2017.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di sebuah kampung di Padawan, Jalan Penrissen, sekitar jam 8.30 malam, 20 September 2023.

Jika Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mempertontonkan bahan lucah kepada kanak-kanak berusia 13 tahun dan meminta mangsa melakukan tindakan yang sama atas kemaluan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU