ARTIKEL

Lelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebatan akibat meliwat remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki homoseksual dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, empat tahun lalu.

Terdahulu, pada 14 Julai 2023, tertuduh berusia 30 tahun itu, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes ke atas empat pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 377B kanun sama di akhir kes pendakwaan sebelum diperintahkan untuk untuk membela diri.

Di akhir kes pembelaan hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Iris Awen Jon mendapati tertuduh bersalah atas satu pertuduhan pindaan di bawah Sekyen yang sama.

Mengikut satu pertuduhan pindaan, tertuduh telah memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa dalam sebuah bilik sewa di Matang, sekitar jam 7 malam, penghujung bulan Julai 2020.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan disebat.

Seramai 11 orang saksi daripada pihak pendakwaan yang terdiri daripada pegawai polis, doktor, ibu mangsa, pemilik premis bilik sewa, dan mangsa sendiri dipanggil sepanjang perbicaraan di akhir kes pembelaan tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang merupakan bekas juruteknik menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa merupakan kenalan melalui aplikasi media sosial Grindr yang mana aplikasi tersebut terkenal untuk golongan homoseksual berkenalan.

Hasil perkenalan tersebut, tertuduh dan mangsa menjalani hubungan songsang hingga membawa kepada insiden berlaku.

Dalam prosiding hari ini, tertuduh yang diwakili Peguambela Christopher Bada merayu agar diringankan hukuman kerana perlu menyara ibu bapa yang sedang uzur.

Tambahan pula, ketika kejadian, tertuduh tidak memaksa mangsa melakukan seks luar tabii selain mangsa sendiri yang rela.

Selain itu, sepanjang prosiding berlangsung, mangsa sendiri mengaku ingin merasakan pengalaman melakukan hubungan seks sesama jenis.

Selain itu, mangsa mengaku dia membuat seks sejenis dengan pasangannya yang lain selain daripada tertuduh.

Difahamkan, mangsa sendiri tampil membuat laporan polis mengenai perbuatan tertuduh selepas dia mengalami masalah kesihatan akibat daripada hasil hubungan seks luar tabii.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian.

KAPSYEN: Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis selepas prosiding akhir di Mahkamah Sesyen 1 hari ini.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC