Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki dipenjara tumbuk bekas teman wanita

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Padah pukul bekas teman wanita ketika menuntut baki hutang RM390, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Muhammad Si Hamid, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kesakitan terhadap mangsa berusia 40 tahun dengan menumbuk mangsa.

Dia melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Bintawa, di sini, sekitar jam 9 malam, 20 Julai lalu.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, atau dikenakan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu telah ke rumah tertuduh kerana diminta tertuduh untuk menjelaskan baki hutangnya berjumlah RM390 dengan segera kerana dia memerlukan wang.

Namun demikian, pengadu meminta untuk diberikan sedikit masa menjelaskan hutang terbabit kerana ada masalah kewangan.

Berang apabila tidak mendapat wang yang diminta, tertuduh bertindak agresif menumbuk mangsa meskipun dihalang oleh ibu tertuduh.

Akibat daripada kejadian itu, pengadu mengalami kesakitan dan lebam di bahagian muka, tangan dan betis.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh tiga hari selepas kejadian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News