ARTIKEL

Gambar Hiasan

Lelaki dipenjara ugut bunuh adik angkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki tempatan atas satu pertuduhan mengugut hendak membunuh adik angkat lelakinya, awal September lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohamad Fadli Taib, 28, dari Kampung Lemang Pek selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah sewa di Taman Matang Jaya, kira-kira jam 8.08 malam, 2 September lalu.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, semasa pengadu berada di rumah sewa keluarganya tiba-tiba didatangi abangnya mengamuk dan mengeluarkan kata-kata ugutan hendak membunuh pengadu.

Selain itu, tertuduh juga mengugut hendak menghentakkan kepala pengadu serta ibu dan bapa mereka sekiranya tidak diberikan wang yang diminta.

Bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh merupakan abang angkat pengadu mengamuk kerana pengadu enggan memberikan wang yang diminta yang dipercayai digunakan untuk membeli dadah.

Baca lain  Mekanik berdepan tali gantung miliki 6.3 kilogram dadah

Selain itu, tertuduh juga bertindak menyelerakkan barang-barang dalam rumah sambil mengeluarkan kata-kata ugutan hendak memecahkan kepala pengadu, emak dan bapanya.

Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Polis cari tiga lelaki bakar anak kucing

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru,

Lima jam kejar bot nelayan asing

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam selepas mengejarnya selama lima jam kira-kira 80 batu nautika

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland