ARTIKEL

Lelaki diperintah bon jaga keamanan 6 bulan terbabit kes acu parang di hospital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mengacukan sebilah parang ke arah seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital kerajaan, 14 Mac lepas.

Ia berikutan, tertuduh tidak berpuas hati kerana tayar keretanya yang dikunci lambat dibuka.

Chai Fah Kiong, 58, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan atas pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Berdasarkan fakta kes, pada 14 Mac lepas , sekitar jam 10.50 pagi, semasa pengadu sedang bertugas di tempat letak kereta di lobi Bahagian Derma Darah mendapati seorang lelaki mengeluarkan sebilah parang daripada bonet kereta lalu mengacukan kepada pengadu.

Lelaki terbabit bertindak demikian kerana pengawal keselamatan hospital itu lambat membuka kunci tayar kereta milik tertuduh.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 17 Mac lalu di sebuah rumah di Taman Sri Moyan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh meletakkan kereta jenis Toyota Vios miliknya di tempat larangan letak kereta lalu dikunci oleh pihak pengurusan hospital.

Baca lain  Tepati janji temu vaksinasi

Tertuduh telah membayar kompaun sebanyak RM50 untuk membuka kunci tayar namun pihak pengurusan lambat membuka kunci terbabit.

Berang kunci tayar lambat dibuka, tertuduh bertindak mengeluarkan sebilah parang daripada bonet keretanya sebanyak dua kali dan berjalan mundar mandir di kawasan tersebut.

Kemudian, tertuduh menyimpan semula parang tersebut setelah dinasihati pengadu.

Semasa kejadian, rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) jelas menunjukkan perbuatan tertuduh selain terdapat beberapa orang saksi kejadian.

Sebagai langkah pencegahan supaya kejadian tidak berulang, Mason memerintahkan tertuduh menyempurnakan bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM500 beserta seorang penjamin.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,