Trending

Lelaki disyaki hilang lepas terjatuh di laut Kuala Sibukang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LIMBANG: Seorang lelaki hilang berkemungkinan terjatuh setelah diberitahu oleh nelayan kampung sebaik menjumpai bot sampan mangsa.

Mangsa Jimney Abdullah @ Tan Hui Ming, 38 dilaporkan hilang di laut Kuala Sibukang, Limbang Sarawak, hari ini.

Pemangku Timbalan Pengarah JBPN, Tiong Ling Hii berkata, mangsa keluar bersendirian ke laut pada jam 0630 pagi tadi bertolak dari Jeti Kampung Sibukang bagi tujuan aktiviti mencari ketam.

Bapa tiri kepada mangsa telah membuat laporan polis mengatakan anak tiri lelaki beliau hilang di laut.

“Si pelapor diberitahu oleh penduduk kampung sekitar jam 12 tengah hari mengatakan ada menjumpai bot sampan namun mangsa sendiri tidak dijumpai.

“Sampan milik mangsa tersebut dijumpai oleh rakan mangsa sendiri pada jam 12.30 tengah hari di lokasi Muara Sungai Sibukang,” katanya.

Namun menurut penduduk tempatan, terdapat kemungkinan mangsa diserang oleh buaya disebabkan beberapa umpan ketam sudah tiada.

Lebih dari 15 buah bot penduduk setempat turut membantu dalam operasi pencarian.

Pencarian akan diteruskan pada jam 10 malam ini semasa air surut bagi memudahkan lokasi sangkar ketam yang sudah ditahan dikesan.

 

 

 

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru