Lelaki disyaki penagih ditahan polis semalam

KUCHING: Seorang lelaki disyaki penagih dadah ditahan polis di Jalan Foochow 1Y – Jalan Haji Drahman semalam.

Suspek berusia 40 tahun itu ditangkap sekitar jam 10.30 pagi oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah Kuching.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata hasil pemeriksaan awal polis menemui lapan peket dadah jenis Methamphetamine seberat 5.58 gram di dalam poket seluar suspek.

“Kesemua barangan yang dirampas iaitu dadah dianggarkan bernilai RM558.

“Hasil siasatan awal suspek memperolehi dadah tersebut secara bank-in daripada seorang pengedar di kawasan Kuching,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, suspek yang mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah lampau itu turut didapati positif dadah hasil ujian saringan awal air kencing.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 3A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suara Sarawak