ARTIKEL

Lelaki ditahan bawa diesel seludup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki ditahan ketika membawa sebanyak 2,000 liter diesel menggunakan sebuah lori, yang dipercayai untuk kegiatan penyeludupan.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan oleh Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin kira-kira jam 7.30 malam semalam.

“Semasa menjalankan Op Taring Kontraban, pasukan telah menahan sebuah lori di tepi Jalan Melor, berhadapan Majlis Daerah Subis.

“Hasil pemeriksaan dan pengakuan lisan, suspek yang merupakan pemandu lori terbabit telah gagal mengemukakan sebarang dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah kesemua diesel yang dianggarkan bernilai RM4,300 itu turut dirampas termasuk lori yang digunakan suspek.

Alexson berkata kesemua rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDN Miri untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan