Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Lelaki ditahan disyaki merogol remaja bawah umur.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Lelaki ditahan disyaki merogol remaja bawah umur.

MIRI: Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan, yang kini hamil lapan bulan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata suspek, 25, ditahan di rumah panjang di Ulu Niah oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri kira-kira jam 9 malam, Jumaat lalu susulan laporan yang dibuat.

Insiden tersebut terungkai apabila remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditemani ibunya ke Klinik Kesihatan Ibu di Batu Niah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 September lalu dan mendapatinya telah hamil 33 minggu (lapan bulan).

Polis telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pegawai perubatan klinik berkenaan setelah ibu remaja terbabit enggan membuat laporan walaupun telah dinasihatkan untuk berbuat demikian.

“Siasatan awal mendapati remaja tersebut berkawan dengan suspek pada awal tahun ini dan putus hubungan pada April lalu,” katanya.

Suspek kini telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian