Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki ditahan jual judi online di kedai makan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BAU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian di sebuah kedai makan, Jalan Bau-Kuching, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek, 21, ditahan kira-kira jam 1.45 petang menerusi Op Dadu Khas dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau.

Lelaki berumur 21 tahun ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian.

“Semasa tangkapan, polis turut merampas seunit telefon bimbit serta sekeping kad sim daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

Telefon tertera transaksi dan tambah nilai judi dalam talian.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News