BAU: Seorang lelaki berusia 41 ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan judi loteri awam tanpa lesen.
Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, suspek ditahan di dalam kereta oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau sekitar 8.25 pagi tadi di belakang bangunan kedai, Jalan Ong Guan Chen.
Katanya, pasukan operasi menjalankan intipan lebih kurang 15 minit dan memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada suspek.
“Pemeriksaan elefon bimbit suspek juga menjumpai aplikasi untuk penjualan loteri awam tanpa lesen dan sekeping kertas bertulis angka-angka disyaki loteri awam.
“Pasukan operasi turut merampas seunit telefon bimbit, wang tunai dan dua keping kertas yang tertulis angka nombor. Rampasan dan tangkapan dibuat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.