ARTIKEL

Lelaki ditahan miliki senapang patah buatan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki warganegara asing memiliki selaras senapang patah buatan sendiri ditahan polis di sebuah rumah di kawasan Sebauh, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata saspek ditahan kira- kira jam 1 pagi itu selepas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bintulu melakukan serbuan bagi mengesan aktiviti penyalahgunaan dan jenayah dadah.

Hasil pemeriksaan di kediaman terbabit, katanya, pihak polis menemui selaras senapang patah buatan sendiri dan sebutir peluru tabur.

Saspek, katanya lagi, gagal menunjukkan sebarang lesen atau permit sah berkenaan pemilikan senjata api terbabit, malah, tiada sebarang nombor siri didapati pada senjata tersebut.

Maklumat awal saspek mendedahkan telah membeli senjata tersebut daripada seorang rakannya yang juga seorang warga asing yang telah pulang ke negara asal pada tahun 2017, ujarnya.

Menurut Zulkipli lagi, saspek ditahan di lokap Balai Polis Sentral Bintulu bermula hari ini sehingga 2 Mei depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya.

Selain itu, katanya lagi, saspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 ekoran gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan semasa pemeriksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi lia tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat