ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Lelaki ditahan simpan pistol dalam laci meja diubah suai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana melakukan jenayah kekerasan dan dadah, dengan licik mengubah suai sebuah meja laci kayu supaya hanya boleh dibuka dengan kad akses untuk menyembunyikan dua pucuk pistol.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah D9 di rumahnya di Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat di sini, 11 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pemeriksaan di rumah suspek turut menemukan 54 butir peluru hidup dan sebuah beg yang mengandungi 1,200 pil kuda serta 550 biji pil erimin 5.

“Dari mana dua pucuk pistol suspek peroleh kami akan siasat termasuklah dadah yang ditemukan dalam rumahnya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Beliau berkata hasil saringan air kencing ke atas lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu disahkan negatif.

Suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU