Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lelaki ditahan tendang pintu rumah isteri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TAHAN…Suspek (dua kanan) ditahan polis selepas mengamuk kerana tidak dibenarkan isteri membawa anaknya keluar.

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana mengamuk dan bertindak menendang pintu rumah isterinya pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata suspek, 24, ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri kira-kira jam 5.45 pagi, hari ini di Tudan Sedaras.

“Suspek bertindak sedemikian di Kampung Pasir Lutong selepas isterinya tidak membenarkannya membawa dua anak lelakinya berusia enam dan lima tahun keluar,” katanya.

Katanya siasatan awal mendapati suspek dan isterinya tidak lagi tinggal bersama sejak Mei 2020.

Sejak itu, dua orang anak mereka tinggal bersama ibunya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan