HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Lelaki ditangkap bunuh anak kekasih

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mayat mangsa yang dibungkus dalam guni ditemukan selepas dibuang oleh suspek ke kawasan semak di Kampung Kranji.
Mayat mangsa yang dibungkus dalam guni ditemukan selepas dibuang oleh suspek ke kawasan semak di Kampung Kranji.

BAU: Seorang lelaki ditangkap kerana memukul anak bongsu kekasihnya sehingga mati, dan membuang mayat kanak-kanak perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) itu ke kawasan semak di Kampung Kranji, di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek berusia 35 tahun itu ditangkap di NB Motor, Jalan Laksamana Cheng Ho & Jalan Stampin Timur, Kuching pada jam 3 petang semalam.

Suspek (dua kanan) ditangkap kerana membunuh anak teman wanitanya. Turut ditahan ibu mangsa (dua kiri).

Katanya tangkapan ke atas suspek dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada 21 Disember lalu, selepas pihaknya menerima laporan awal daripada orang awam pada hari sama yang mengatakan seorang wanita bersama anak perempuan sulungnya takut pulang kerana telah dipukul oleh teman lelakinya.

“Hasil soal siasat, suspek memberitahu telah memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga tidak bernyawa dan membuang mayat mangsa di kawasan semak di Kampung Kranji.

“Pada lebih kurang jam 6.45 petang, pihak polis dipandu oleh suspek menunjukkan tempat membuang mayat mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

Poge menambah ibu mangsa yang berusia 34 tahun telah dibawa ke lokasi dan mengesahkan bahawa itu anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang oleh mangsa.

Katanya suspek dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat oleh ibu mangsa.

Justeru, beliau berkata ibu mangsa turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Poge berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

Katanya kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru