ARTIKEL

Lelaki ditangkap samun kedai kek lapis guna pistol mainan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki ditangkap selepas menyamun kedai kek lapis di Medan Universiti, di sini dengan bersenjatakan pistol mainan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata suspek berusia 24 tahun, ditangkap pada jam 5.20 petang semalam di sebuah motel di Jalan Padungan, Kuching.

“Suspek mengaku melakukan samun seorang diri di kedai kek lapis di Medan Universiti, Kota Samarahan menggunakan pistol mainan yang dibelinya di sebuah kedai runcit di Kuching,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah suspek juga mengaku dalam pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu pada jam 4.41 petang, 20 Jun lepas.

Katanya semasa kejadian, suspek yang memakai topi keledar dan pelitup muka berpura-pura membeli minuman di kedai kek lapis berkenaan.

“Ketika membayar, suspek kemudian mengacukan pistol mainan ke arah juruwang kedai terbabit sambil mengugut meminta wang.

“Setelah mendapat sejumlah wang, suspek terus beredar menaiki motosikal,” katanya.

Sudirman berkata suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Malah, katanya suspek merupakan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) yang telah tamat tempoh tahanan di kawasan Bintawa pada 17 April lalu.

Sudirman berkata suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan dan direman selama enam hari untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU