SARIKEI: Seorang lelaki ditemui mati di kawasan hutan nipah, Sungai Setebu, di sini hari ini.
Mangsa, 36, sebelum ini dilaporkan lemas di sungai pada kira-kira jam 9.20 malam semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pasukan bomba menemui mangsa kira-kira jam 1.41 petang dalam jarak 100 kaki laluan masuk ke kawasan tersebut.
“Mangsa ditemui dalam keadaan duduk menyandar, tidak sedarkan diri dan terdapat kesan luka pada lengan sebelah kiri dan luka di bahagian leher,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis pada jam 2.10 petang untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada jam 2.20 petang.
