Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki ditemui mati di pangkalan perahu depan rumahnya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berusia 54 – tahun ditemui tidak sedarkan diri di pondok pangkalan perahu di hadapan rumahnya di Kampung Sinong, Bintulu petang semalam.

Mangsa ditemui anak saudaranya kira-kira jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian.

Hasil pemeriksaan pihak Polis yang diketuai Ketua Balai Polis Pusat Bintulu, ASP Sani Junid tidak menemui sebarang keraguan atau unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Kes tersebut, katanya, diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Mayat mangsa, kemudiannya, dirujuk ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kakitangan paramedik Hospital Bintulu mengusung mayat lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di pondok pangkalan perahu di hadapan kediamannya.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News