ARTIKEL

Lelaki hilang berjaya keluar selepas baca surah Al-Quran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bacaan surah Al-Quran membolehkan seorang lelaki keluar selepas tiga hari hilang di dalam hutan di Bukit Kemunting, di sini.

Berdasarkan cerita salah seorang penduduk kampung yang bertemu dengan Mohammad Ajib Junaidi, 31, dia menyatakan baharu masuk ke hutan berkenaan dan ada melihat orang ramai seolah-olah tengah mencarinya.

Malah, katanya dia bersama-sama motosikalnya berada tidak jauh dari tempat orang ramai yang mencarinya berkumpul.

“Selepas itu dia cuba membaca surah Al-Quran dan akhirnya dapat balik,” katanya.

Sementara, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya dimaklumkan oleh polis bahawa Mohammad Ajib dijumpai selamat namun dalam keadaan lemah kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Katanya mangsa seterusnya dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kemunting.

“Pasukan penyelamat cuba hendak membawa mangsa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut tetapi mangsa menolak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohammad Ajib dilaporkan hilang kira-kira jam 11.17 malam Khamis lalu selepas keluar mencari buluh lemang kira-kira jam 12 tengah hari, dengan kali terakhir dia dapat dihubungi pada jam 3 petang.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama-sama penduduk kampung.

Pencarian dilakukan di kawasan tumpuan penduduk kampung mencari buluh dan beberapa kawasan yang menjadi laluan masuk penduduk mencari buluh namun tiada kesan buluh ditebang.

Operasi SAR turut menggunakan khidmat Unit K9 polis namun masih gagal menjumpai mangsa.

Ekoran itu, operasi yang memasuki hari ketiga kemudian ditamatkan kerana tiada tanda-tanda mangsa berada dalam kawasan yang dinyatakan hilang, namun tindakan akan diambil sekiranya terdapat penemuan baharu daripada pihak polis dan sebagainya.

Selain itu terdapat penemuan saksi kawan kepada abang mangsa menyatakan melihat kelibat mangsa menunggang motosikal di jalanraya dan seterusnya hilang semula.

BERITA LAIN

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan