ARTIKEL

Lelaki hilang ketika mencari lokan dijumpai selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan lemah selepas hilang ketika mencari lokan di sungai berhampiran Kampung Jaya Bakti, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Mohd Fahiszuddin Iskandar, 29, dijumpai oleh bapanya kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

“Mangsa dijumpai selamat dan dalam keadaan lemah pada jarak kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kampung Jaya Bakti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, katanya mangsa dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 9 pagi semalam untuk mencari lokan secara bersendirian di sungai berhampiran rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa tidak balik ke rumah dan bapanya segera membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawa kira-kira jam 1.31 pagi tadi.

Susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dijalankan kerana keadaan yang gelap dan hujan lebat.

Justeru, operasi SAR dimulakan kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan pencarian dilakukan di sekitar sungai kecil di belakang rumah mangsa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU