Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lelaki hilang RM70,000 ditipu Macau Scam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TKPD Padawan, DSP Lim Jaw Shyong

PADAWAN: Seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM70,000 akibat ditipu sindeket Macau Scam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata mangsa, berusia awal 30-an dihubungi individu tidak dikenali yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekitar 3 petang Ahad lalu memaklumkan bahawa syarikat mangsa di Kedah mempunyai tunggakan cukai yang belum dibayar berjumlah lebih RM17,000.

Katanya, pada awalnya mangsa menafikan mempunyai syarikat di Kedah namun terpedaya setelah disambungkan oleh pemanggil ke satu nombor yang asing bermula angka 810 dan bercakap dengan seorang lelaki mendakwa dirinya daripada pihak polis.

Beliau berkata, mangsa dimaklumkan bahawa syarikatnya di Kedah ada terlibat dalam penggubahan wang haram dan diminta memberikan semua data peribadi, nama dan kata laluan banking dalam talian serta nombor akaun bagi tujuan siasatan.

“Kerana percaya dan terpedaya dengan dakwaan tersebut, mangsa telah memberikan butir-butir peribadi dan butir-butir perbankan kepada pemanggil.

“Selepas itu mangsa telah menerima beberapa nombor TAC dan mangsa sekali lagi telah menuruti segala arahan pemanggil dan telah memberikan semua nombor TAC tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jaw Shyong berkata, mangsa kemudian membuat semakan akaun secara dalam talian dan menyedari wang sebanyak RM50,000 di dalam akaun Hong Leong Bank miliknya telah dipindahkan ke akaun Ambank atas nama individu warganegara tempatan.

Selain itu, katanya wang sebanyak RM20,000 dari akaun Public Bank mangsa juga telah dipindahkan ke akaun Hong Leong Bank atas nama individu lain juga warganegara tempatan.

Katanya, menyedari telah ditipu, mangsa membuat laporan polis.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru