ARTIKEL

Lelaki hilang semasa mencari ambal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Seorang lelaki dilaporkan hilang semasa mencari ambal di Pantai Kampung Sambir, di sini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan pada jam 7 pagi tadi oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya.

Namun, katanya setakat ini mangsa dikenali sebagai Mohiden Mohamad, 45, masih belum ditemui.

“Pasukan unit anjing pengesan (K9) telah digerakkan untuk terlibat operasi.

“Manakala Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) diarahkan bersiap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 6.50 petang semalam, namun operasi SAR tidak dapat dijalankan atas faktor cuaca gelap serta laut bergelora.

Pasukan bomba melancarkan operasi SAR mangsa yang hilang di Pantai Kampung Sambir, Asajaya.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU