ARTIKEL

TAHAN… Lelaki Indonesia berkenaan ditahan polis dipercayai terlibat dalam penjualan kredit judi dalam talian.

Lelaki Indonesia ditahan jual kredit judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kegiatan penjualan kredit judi dalam talian yang dipercayai beroperasi di sebuah pondok tepi jalan di Kampung Tambirat terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dalam operasi khas, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Damataries Lautin, kira-kira jam 2.20 petang itu operasi khas dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah D7 (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan hasil risikan yang dilakukan sebelum ini.

“Dalam operasi tersebut, suspek berusia 39 tahun diberkas ketika dipercayai sedang menjalankan aktiviti penjualan tambah nilai perjudian dalam talian kepada pelanggan,” katanya dalamkenyataan.

Damataries menambah, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Oppo dan wang tunai berjumlah RM60 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan. 

“Semua barang kes dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan. 

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Sehubungan itu katanya, lelaki terbabit kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan bagi tujuan permohonan reman.

Manakala katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan individu lain dalam kegiatan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka