Lelaki jatuh sungai berhampiran Pangkalan Sapi

KUCHING: Seorang lelaki belum dikenal pasti identitinya gagal dikesan selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jeti Kampung Boyan Pangkalan Sapi Astana, di sini, Jumaat.

Menurut saksi awal kejadian, mangsa dianggarkan berusia 30-an itu dikhuatiri lemas selepas kelibatnya tidak timbul selepas terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden sekitar jam 3.48 petang.

Susulan itu katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan tujuh anggota Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Batu Lintang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setakat jam 7.05 malam belum ada tanda-tanda penemuan mangsa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Suara Sarawak