ARTIKEL

Lelaki lari dari pemeriksaan polis didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan terhadap seorang juruteknik lelaki kerana lari daripada pemeriksaan polis dengan memandu secara melulu semasa sambutan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu.

Saba John Junjko, 33, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya barayan.

Pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Manakala, pertuduhan kedua dia didakwa mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Saba melakukan kedua-dua kesalahan itu di Jalan Demak Indah kira-kira jam 2 pagi, 31 Ogos lalu.

Mason Jaro menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap  pertuduhan yang dikenakan ke atas Saba.

Menurut fakta kes, sepasukan polis membuat rondaan di sekitar Jalan Demak Indah terserempak dengan sebuah kereta jenis sedan berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.

Pihak polis cuba membuat pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit namun pemandu(tertuduh) terus memandu secara melulu meninggalkan tempat kejadian.

Namun demikian, Saba berjaya ditangkap tidak lama kemudian selepas berjaya meloloskan diri.

Turut dirampas daripada tertuduh ialah sebuah kereta dan serangkai kunci kereta.

Hasil siasatan mendapati Saba telah melarikan diri daripada pemeriksaan polis selain daripada memandu secara berbahaya yang boleh membahayakan nyawa petugas keselamatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Seorang warga Filipina ditahan dalam Ops Kutip

LAWAS: Unit Penguatkuasaan Imigresen (UPI) Lawas telah menahan seorang individu warga asing dalam operasi rutin Ops Kutip yang dijalankan semalam. Menurut satu kenyataan yang disiarkan

Anggota tentera salah guna dadah terima padah

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 12 bulan terhadap seorang anggota tentera berpangkat sarjan kerana terlibat dalam aktiviti

Lelaki miliki nospan didenda RM1,500

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki nospan seberat 1.46 gram,

Bahana cinta, penjawat awam rugi RM12,000

MIRI: Bahana dilamun cinta menyebabkan seorang penjawat awam di sini terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM12,000 setelah terpedaya dengan sindiket Love Scam. Ketua Polis Daerah Miri

BERITA TERBARU

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Uhm Jung Hwa masih bujang

UHM JUNG HWA baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara Lee So Ra di saluran YouTube dengan mendedahkan banyak perkara tentang kerjaya dan hubungan percintaannya.

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan