ARTIKEL

Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman

Lelaki lemas cuba selamatkan anak jatuh kolam ikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, Raub, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan Mohamed Hafidz Che Din, 46, kira-kira 3 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa terjun ke kolam berkenaan selepas anaknya, lapan tahun, terjatuh ketika cuba mengambil plastik bekas roti yang digunakan sebagai umpan memancing.

Anak mangsa berjaya diselamatkan seorang pekerja dan seorang warga Indonesia di lokasi kejadian.

Mohamed Hafidz bagaimanapun tidak timbul kira-kira 20 minit sebelum ditemukan berhampiran tangga di tepi kolam.

Mangsa diberikan bantuan pernafasan (CPR) beberapa kali sebelum dibawa ke Hospital Raub, namun gagal diselamatkan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kekurangan oksigen akibat lemas (asphyxia secondary to drowning) seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

Harimau Malaya B-15 terbaik ASEAN

KUCHING: Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas menamatkan kempen Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di kedudukan