Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lelaki lemas terjun sungai larikan diri dari polis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang lelaki yang bertindak melarikan diri daripada polis dengan terjun ke dalam sungai berdekatan Taman Arbi, di sini ditemui mati lemas hari ini.

Difahamkan, lelaki terbabit bersama seorang lagi rakannya bertindak melarikan diri daripada polis bagi mengelak ditangkap atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 37 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.

“Lelaki terbabit bertindak melarikan diri semasa pasukan polis menjalankan Op Tapis berhampiran rumah di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Ahsmon berkata, empat orang suspek lelaki yang berada di tempat kejadian turut ditahan dalam operasi tersebut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru