ARTIKEL

Lelaki lepas, bebas tuduhan serangan seksual terhadap anak tiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak perempuan tirinya berusia lapan tahun.

Hakim Musli Abdul Hamid dalam keputusannya hari ini mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang berusia 48 tahun.

Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan tanpa dipanggil membela diri atas tiga pertuduhan.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Matang, sekitar bulan Januari 2022 dan 6 Oktober 2022.

Pendakwaan kes bagi ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 16 Akta Yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Seramai empat orang saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan berlangsung.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU