ARTIKEL

Lelaki lesap RM50 ribu akibat pelaburan Bitfine

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gara-gara tertarik dengan pulangan lumayan ditawarkan menerusi pelaburan (Bitfine) di aplikasi Telegram, seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM58,800.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata mangsa berusia 37 tahun itu telah berkenalan dengan seorang individu menerusi aplikasi berkenaan pada 17 Mac lepas, namun tidak melayan individu terbabit.

“Bagaimanapun pada 27 April lepas, mangsa telah mula berkomunikasi dengan individu itu dan menunjukkan minat dan yakin dengan pelaburan Bitfine yang ditawarkan susupek selepas menerima pulangan sebanyak RM543,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati, mangsa telah membuat pembayaran secara berperingkat sejak 27 April hingga 8 Mei, dengan membuat sebanyak lapan kali transaksi ke dalam lima jenis akaun bank yang berbeza berjumlah RM 58,800.

Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada Ahad lepas setelah menyedari dirinya tertipu.

Ahmad Sukarno berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan orang ramai dinasihati agar berwaspada dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa telah terpedaya.

Beliau turut meminta jika orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan diminta menghubungi National Scam Response Centre di talian 997. 

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan melayari laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi membuat semakan akaun yang terlibat dalam sebarang kes penipuan,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.