ARTIKEL

Lelaki mabuk punca pergaduhan yang viral di sosial media

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Insiden pergaduhan di sebuah pasar raya di Kota Sentosa Jumaat lalu disyaki berpunca dari seorang pelanggan lelaki yang mabuk cuba memasuki premis tanpa memakai pelitup muka.

Pergelutan di antara individu terbabit bersama beberapa pekerja premis itu, sekitar jam 4.30 petang viral menerusi sebuah video yang dirakam oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong ketika dihubungi Suara Sarawak mengesahkan setakat jam 6 petang semalam pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurutnya pihak polis telah dikerahkan ke lokasi namun didapati individu berusia 31 tahun itu bagaimanapun sudah beredar awal.

“Hasil temu bual kejadian berlaku membabitkan seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk telah masuk ke dalam pasar raya tanpa memakai pelitup muka.

“Sebelum kejadian, lelaki tersebut telah dinasihatkan oleh pihak pengurusan pasar raya untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) namun dia berdegil lalu mengamuk,” katanya.

Tambahnya, hasil soal siasat dengan orang awam, individu terbabit dikatakan tidak mengalami kecederaan yang serius.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya