Lelaki mati ditetak

SARIKEI: Seorang lelaki berusia 36 tahun dijumpai meninggal dunia dengan kesan tetakan di belakang leher di Sare di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, pihak polis bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan tersebut daripada keluarga mangsa kira-kira 5.30 petang.
Kejadian itu katanya, berlaku di lokasi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Sarikei.
“Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek warna hitam, ” katanya ketika ditemui media, hari ini.
Berikutan itu katanya, satu laporan dibuat oleh keluarga mangsa di Balai Polis Sarikei.
“Kita masih melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian ini,” ujarnya.
Sehubungan itu orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.