ARTIKEL

Lelaki mati tergantung pada pokok setinggi 40 kaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Seorang lelaki ditemui mati tergantung dengan lehernya terjerut tali pada ketinggian 40 kaki di Kuala Matu Hilir di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak yang mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, mayat mangsa telah diturunkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dirujuk kepada pihak perubatan sebelum diserahkan kepada polis unto siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Katanya lagi, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro dikerah ke lokasi kejadian menggunakan satu jentera dan operasi tamat jam
7.43 malam.

Operasi turut dibantu lima anggota dan tiga anggota perubatan termasuk bantuan orang kampung.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU